Dana Bantuan Persekolahan
Story
Sesi persekolahan tahun 2021 akan bermula tidak lama lagi. Sudah pasti banyak lagi persiapan, bahkan perbelanjaan yang perlu diuruskan oleh ayah, atau ibu atau sesiapa sahaja yang bergelar sebagai ketua keluarga.
Berikutan pandemik Covid-19 yang telah banyak menjejaskan sumber pendapatan, #UntukMalaysia Terengganu percaya bahawa, ini sudah menunjukkan bahawa komitmen dan tanggungjawab yang lebih besar yang perlu dimainkan oleh setiap ketua keluarga untuk memastikan kelangsungan serta keperluan hidup seharian tidak terganggu.
Lebih-lebih lagi perbelanjaan persekolahan yang sudah tentunya banyak memerlukan perbelanjaan.
Ayuh, hulurkan sumbangan anda bagi membantu mereka yang terjejas ini agar mereka boleh memulakan sesi persekolahan dengan baik. #UntukMalaysia Terengganu menyeru agar kita sama-sama menjayakan projek dan usaha murni ini.
Sekiranya ada pertanyaan, boleh terus berhubung dengan En. Firdaus Muhammad (Ketua #UntukMalaysia Terengganu) di talian 0199529303.
You must be logged in to post a review.
Reviews
There are no reviews yet.