Description
Seperti semua maklum, kes COVID-19 di Sabah telah mencecah ribuan kes.
Krisis di sana hari ini bukan lagi sekadar krisis kesihatan, bahkan telah melarat menjadi krisis kemanusiaan.
Rejuvenasi Pendidikan dengan kerjasama NGO lokal di sana iaitu Semporna Heroes melancarkan tabung sumbangan untuk membantu waga di sana meneruskan hari-hari mereka.
Setakat 1 November, jumlah wang sumbangan oleh rakyat Malaysia yang telah membantu menyalurkan sumbangan adalah sebanyak lebih RM52k.
Kami memohon agar semua menyumbang dan membantu kami menyebarluaskan lagi kempen ini agar lebih ramai yang dapat menyumbang dan sasaran awal sumbangan dapat kita penuhi dalam masa terdekat.
Sama-sama kita doakan agar pandemik COVID-19 di Sabah semakin reda dan kehidupan warga di sana, anak kecil, orang tua dan warga yang miskin semakin pulih segera.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.