Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain. 

Siapakah Kami?

Kami merupakan sebuah pertubuhan yang diberi nama Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan yang telah rasmi didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 22 Julai 2020.

Cookies

Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ianya akan dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan laman web ini. 

Maklumat Log

Apabila anda melayari untukmalaysia.my, pelayan web kami akan merekodkan secara automatik maklumat yang dihantar oleh pelayar internet anda semasa melawat sesebuah laman web. Log pelayan ini akan merekodkan maklumat seperti permintaan web anda, alamat protokol internet, jenis dan bahasa pelayar web, tarikh dan masa bagi permintaan anda dan cookies yang bisa mengenal pasti pelayar internet anda.

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul

Maklumat peribadi akan dikumpul sekiranya anda memohon bantuan bagi tujuan pengesahan, dan sekiranya anda ingin mendaftar sebagai penderma tetap juga sekiranya anda mendaftar sebagai Sukarelawan #UntukMalaysia. Selain daripada tujuan pengesahan dan penyertaan anda ke dalam gerakan #UntukMalaysia, maklumat peribadi tidak akan dikumpulkan.

Pemberian Sumbangan

Sumbangan yang anda berikan akan disalurkan terus kepada projek/kempen yang anda pilih. Walau bagaimanapun cas operasi sebanyak 5%-15% sebahagian daripada sumbangan (bukan semua sumbangan) akan dikenakan

Pertanyaan atau Aduan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau laman web ini, anda boleh menghubungi kami melalui seksyen maklum balas yang disediakan dalam laman web ini.