Disebabkan Pandemik, Unicef, WHO, World Bank, Unesco dan banyak pertubuhan pendidikan antarabangsa telah menganggarkan lebih ramai murid yang akan tercicir (lost generation) dari arus pendidikan.
Malaysia telah mencatatkan 1.5 juta murid yang tidak mampu belajar secara dalam talian dan jumlah ini paling berisiko untuk tercicir. Ayuh bersama kami, selamatkan mereka, selamatkan masa depan mereka.