Cerita Farah, Ibunya Suri Rumah, Bapanya Petani

Farah (bukan nama sebenar), murid Tahun 1 di salah sebuah sekolah kebangsaan.

Farah dari keluarga miskin. Ibunya suri rumah. Bapanya petani.

Farah masih lagi belum mahir sepenuhnya kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Sepatutnya kemahiran 3M ini akan diperkemaskan semasa memasuki Tahun 1. Tetapi disebabkan Pandemik, suasana pembelajaran sudah terganggu.

Apa yang paling menyedihkan, Farah tidak boleh belajar secara online kerana Farah termasuk dalam kalangan 36% murid yang tidak mempunyai peranti dan internet.

Apa akan terjadi kepada Farah?

Kehilangan 185 hari persekolahan, tiada pemantauan pembelajaran yang konsisten, suasana pembelajaran terganggu, tiada sokongan rakan sebaya, tiada alatan pembelajaran yang cukup, semua ini telah menjadikan Farah sebagai murid yang tercicir dari proses pendidikan.

Apa akan berlaku sekiranya Farah tidak dibantu?

Farah akan masuk ke sekolah dalam keadaan banyak yang Farah tak faham. Rakan-rakan Farah yang lain semuanya sudah mahir 3M.

Lama kelamaan, Farah akan kecewa dan putus asa, kemudian memilih untuk tidak lagi belajar bersungguh-sungguh. Tambahan pula, keadaan ekonomi keluarga semakin merosot.

Farah berisiko tinggi untuk terlibat dengan masalah sosial, jenayah dan paling besar ialah masalah peluang pekerjaan.

Bayangkan kita ada lagi ramai murid seperti Farah? Seperti yang dianggarkan Unicef iaitu peningkatan 6x ganda murid cicir akibat Covid-19.

Jika tidak dibendung, isu ini akan memulakan kitaran generasi yang sangat tidak sihat.

Kes jenayah akan terus meningkat. Ekonomi akan terus lembap. Banyak lagi jika nak dihuraikan.

Justeru, untuk mengelakkan mangsa seperti Farah dan anak-anak kita yang lain, sesuatu perlu dilakukan.

Sebagai masyarakat, apa yang boleh kita lakukan?

Kita boleh selamatkan Farah dan ribuan murid seperti Farah dengan menaja projek Selamatkan 1,000 Murid Cicir.

Taja di: bit.ly/muridcicir

Add a Comment